Global

Anwar harap hubungan persaudaraan Malaysia- Pakistan terus berkembang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan mesra dan persaudaraan antara Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang.

Harapan itu dinyatakan Anwar susulan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri sementara Pakistan Anwaar-ul-Haq Kakr di luar sesi kelapan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

“Saya sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwaar-ul-Haq Kakr, Perdana Menteri sementara Pakistan sejak Ogos lepas.

“Mesyuarat itu antara lain diharap dapat meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan,” kata perdana menteri di laman Facebook sebagai mengulas pertemuan itu

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

BACA: Malaysia menang kes tuntutan Sulu, berjaya pertahan kepentingan negara

Kedua-dua pihak turut membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Sidang kemuncak tergempar itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Riyadh, diadakan susulan pembabitan ekstensif Anwar dan beberapa pemimpin OIC berkaitan isu Palestin selain serangan serta kekejaman berterusan rejim Israel.

Bercakap di hadapan para pemimpin Islam pada sidang itu, Perdana Menteri menggesa negara anggota OIC secara konsisten mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.

Related Articles

Back to top button