ekonomi

Graduan sektor TVET mampu raih gaji lebih lumayan – Menteri

 

KERJASAMA
strategik kerajaan dengan pihak industri dalam memperkasa Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) membuka prospek untuk graduan
bidang itu mendapat gaji lebih lumayan.

Menteri
Sumber Manusia (KSM) V. Sivakumar berkata kementeriannya telah
menerbitkan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih
Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) sebagai langkah
berterusan menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di
Malaysia.

Buku panduan
tersebut jelasnya dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam
melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET
berdasarkan tahap kemahiran sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan
produktiviti pekerja di negara ini.

“Kerajaan
turut mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan
untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang
berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki,” kata di Dewan Rakyat
pada Khamis ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan
2023.

Peluang belia jadi pekerja berkemahiran tinggi
Sementara
itu tambahnya, kerajaan berharap melalui kerjasama strategik itu, pihak
industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui
pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan
peralatan.

“Kementerian
Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama
syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai
permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum
Kerjasama tersebut,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button