Negeri

Exco N9 ajak peniaga bazar sedekah lebihan makanan kepada yang memerlukan

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar menggerakkan kempen MySaveFood.

Melalui inisiatif itu, beliau menasihatkan peniaga di bazar Ramadan di negeri itu menyedekahkan makanan dan minuman yang tidak habis dijual kepada golongan gelandangan, anak yatim dan keluarga miskin yang memerlukan.

Terdahulu Arul Kumar menyampaikan risalah kempen berkenaan dan mengajak peniaga untuk menyertai program itu di Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai.

Mengulas lanjut beliau berkata, melalui data kempen yang dilaksanakan sebelum ini, berlaku peningkatan lebihan makanan setiap tahun.

Justeru tujuh bazar Ramadan terpilih untuk menjayakan Program Mysavefood dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) SWM Environment dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya menyambut baik inisiatif SWCorp Negeri Sembilan melalui program MySaveFood apabila setiap hari beratus kilogram makanan dan minuman dapat dikumpul dan diagihkan kepada gelandangan, rumah-rumah anak yatim dan keluarga miskin.

“Melalui cara ini kita dapat elakkan pembaziran dan hargai makanan.

“Saya juga berharap setiap penganjur Bazar Ramadan di Negeri Sembilan dapat laksanakan program ini sepanjang bulan Ramadan,” ujar beliau yang juga ADUN Nilai.

BACA LAGI: KPDN Kuala Lumpur mula laksana Program Jualan Rahmah bergerak sempena Ramadan

Difahamkan, melalui kempen serupa yang dilaksana pada tahun lalu, Sebanyak 2.6 tan makanan dan 1.9 tan minuman dikumpulkan dengan kerjasama sukarelawan NGO.

Related Articles

Back to top button