Politik

Anwar pengerusikan penubuhan Sekretariat Pejabat Presiden KEADILAN

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mempengerusikan penubuhan Sekretariat Pejabat Presiden KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, sekretariat berkenaan diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan parti dengan membantu serta menyelaras pergerakan di semua peringkat KEADILAN.

“Sekretariat Pejabat Presiden akan memantau aktiviti dan gerak kerja di semua peringkat KEADILAN.

“Ia juga diamanahkan untuk menyemak Perlembagaan Parti untuk mengisbatkan hala tuju dan masa depan KEADILAN serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menasihatkan pimpinan dan anggota KEADILAN untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab untuk mendukung aspirasi parti demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat demi masa depan negara.

Sekretariat Pejabat Presiden dianggotai oleh pimpinan kanan KEADILAN berikut:

  1. Datuk Romli Ishak – Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden (Koordinator)
  2. Onn Abu Bakar – Setiausaha Politik Pejabat Presiden
  3. Sim Tze Tzin – Setiausaha Politik Pejabat Presiden
  4. Manivanan Gowin – Setiausaha Politik Pejabat Presiden
  5. Juwairiya Zulkifli – Setiausaha Politik Pejabat Presiden (Setiausaha)

Related Articles

Back to top button