Keluhan pasangan terkandas di Makkah dapat perhatian Setiausaha Politik Perdana Menteri
Keluhan emaah haji yang terkandas di Makkah kerana tindakan sebuah agensi pelancongan yang didakwa menahan pasport milik mereka mendapat perhatian Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Ahmad Farhan Fauzi melalui komen di laman Facebook sebuah portal berita berkata, beliau sudah menghubungi pihak berkaitan agar individu terbabit dibantu.
“Saya sudah menghubungi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Setia Dr. Naim Mokhtar & pihak Wisma Putra dalam membantu menyelesaikan kes ini,” katanya.
Terdahulu, sepasang suami isteri merayu bantuan supaya pasport mereka dikembalikan bagi membolehkan mereka pulang semula ke tanah air.
Anak mangsa, yang mahu dikenali sebagai Ena, 33 dipetik laporan Berita Harian berkata, bapa dan ibunya yang masing-masing berusia, 60 dan 58 tahun berlepas ke Makkah pada 2 Mei lalu menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.
Setelah tiba ke Makkah, agensi itu kemudian dakwanya gagal menyediakan visa haji seperti dijanjikan dan mahu menarik diri untuk menguruskan perkhidmatan.
Tambahnya, agensi itu kemudian mengenakan syarat supaya ibu bapanya menandatangi surat perakuan agar tidak mendedahkan perkara itu kepada awam.
“Agensi pelancongan itu juga mengugut akan mengenakan saman jika ibu bapa saya menyalahkan agensi pelancongan itu mereka atas apa yang terjadi.
“Sayacmenasihatkan agar ibubapa tidak menandatangani surat itu kerana ia berbaur ugutan dari agensi pelancongan berkenaan untuk melepaskan diri dari kesalahan yang dilakukan mereka,” kata Ena menurut laporan itu.
BACA LAGI: Farhan santuni aktivis awal reformasi, serah sumbangan Anwar kepada Cik Lan
Laporan itu memetik sumber turut mendedahkan, 16 bakal jemaah haji lain yang diurus agensi pelancongan sama dengan tawaran pakej berharga RM45,000 turut terkandas.