Semasa

Israel kini bermusuhan dengan banyak negara, bakal terima hukuman atas apa dilakukannya

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengutuk keras tindakan pengecut rejim zionis Israel membunuh Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan dilakukan rejim itu sama sekali tidak akan mengurangkan semangat pejuang Hamas serta mereka yang turut serta dalam solidariti memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

“Israel telah menghalalkan semua cara termasuk menyerang musuh di negara asing. Kini rejim zionis bukan sahaja sedang bermusuhan dengan pelbagai negara malahan mendedahkan diri kepada tindak balas kumpulan yang tidak bersetuju dengan keganasan Israel.

“Dengan ini, kami menuntut pemimpin Islam dunia untuk tidak mendiamkan diri kerana sudah tiba masanya untuk Israel menerima hukuman yang keras terhadap jenayah dilakukan,” ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.

Media antarabangsa melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis’ ke atas kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu.

Haniyeh sebelum ini dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran yang diadakan pada Selasa.

BACA LAGI: Masjid JAKIM, JAWI laksana solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

Jenazah Ismail Haniyeh dijangka akan dibawa ke Doha, Qatar selepas majlis penghormatan terakhir di Tehran yang dijadual pada Khamis sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.

Memetik portal Al Jazeera selepas majlis penghormatan terakhir berlangsung di ibu negara Iran itu, jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.

Related Articles

Back to top button