Global

Rejim Israel harus ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ ke atas pembunuhan Ismail Haniyeh

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta rejim Israel ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ ke atas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Kenyataan berikut dikeluarkan selepas mesyuarat anggota berkenaan semalam di Arab Saudi yang menegaskan Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan kejam tetersebut.

Menteri Luar Gambia, Mamadou Tangara yang juga ketua OIC berkata pembunuhan kejam Haniyeh dan konflik yang berlaku di Gaza boleh membawa kepada konflik serantau

“Pencerobohan dan pelanggaran kedaulatan serta integriti wilayah Iran dengan pembunuhan pemimpin politik di tanahnya adalah tindakan yang tidak wajar.

“Tindakan keji ini hanya mampu meningkatkan ketegangan yang ada hingga berpotensi untuk membawa kepada konflik yang lebih besar hingga mampu melibatkan seluruh rantau ini,” kata Tangara.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan OIC di Arab Saudi, pada Rabu.

Dalam pada itu, tuan rumah, Arab Saudi turut berkata pembunuhan Haniyeh adalah ‘pelanggaran terang-terangan’ kedaulatan Iran.

Timbalan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Waleed al-Khereiji berkata negaranya menolak apa-apa pelanggaran kedaulatan negara atau campur tangan dalam hal ehwal dalaman mana-mana negara.

Namun begitu, pihak Israel masih tidak mengesahkan atau menafikan tanggungjawab terhadap pembunuhan Haniyeh setakat ini.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam pertemuan tersebut.

Related Articles

Back to top button