Global

Malaysia-Brunei tingkatkan kerjasama dua hala

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei ketika ini berada pada tahap terbaik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

Mengulas lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia, Anwar berkata ia merupakan isyarat penting kepada negara bahawa seluruh pimpinan Brunei tekad untuk meningkatkan kerjasama dua hala.

“Kehadiran Putera Mahkota Brunei menunjukkan bahawa seluruh kekuatan dan kepimpinan Brunei bersama dan tekad meningkatkan kerjasama,” katanya.

Anwar berkata begitu kepada media selepas menjadi hos majlis makan tengah hari sempena kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad.

Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Asean pada 2023, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri dalam tiba ke Malaysia pada Sabtu untuk lawatan rasmi lima hari sehingga 21 Ogos ini.

BACA LAGI: PM Anwar bincang isu kepentingan dua negara pada sesi menghadap Sultan Brunei

Keberangkatan tiba baginda bersama isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Kompleks Seri Perdana semalam turut disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk memperkukuh hubungan dua hala antaranya bidang pertahanan, latihan, industri, teknologi, agama Islam, kebudayaan dan bahasa Melayu yang akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat di kedua-dua negara.

Related Articles

Back to top button