Negeri

Amirudin hargai pengiktirafan Anwar, tekad kerja lebih kuat

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari tekadn untuk bekerja lebih keras bagi mencapai kemenangan sekali gus mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada melalui pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Perkara itu dinyatakan Amirudin sebagai menghargai pengiktirafan diberikan Pengerusi Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar.

“Terima kasih cadangan PM (perdana menteri), namun harus membuktikan dengan kemenangan dalam pilihan raya negeri (PRN) dan dilaksana bersungguh-sungguh.

“Ini saya percaya dapat ‘consensus’ (persetujuan bersama) daripada pimpinan. Terima kasih atas penghargaan dan pengiktirafan itu tetapi perlu dibuktikan kemenangan dalam PRN.

“Pengumuman ini pertama kali dimaklumkan. Kita akan bekerja keras untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Amirudin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua ditemui pada majlis perasmian Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor di MSekin Wonderland di Sekinchan pada Selasa.

Anwar memaklumkan keputusan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor berikutan prestasi yang baik dalam mentadbir negeri tersebut.

Related Articles

Back to top button