Negeri

Belanjawan Selangor 2025 bakal bentang Inisiatif khusus pacu ekonomi negeri

Beberapa inisiatif khusus bakal dibentang dalam Belanjawan Selangor 2025 bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri itu.

“Insya-ALLAH, dalam Belanjawan Selangor 2025 saya akan membentangkan beberapa lagi inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke Selangor.

“Semoga kemakmuran ekonomi ini dapat kita nikmati bersama,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Pembentangan Belanjawan Selangor 2025 dijadual berlangsung pada 15 November depan, bersekali dengan sidang Dewan Negeri Selangor sehingga 29 November.

Belanjawan itu dijangka mengutarakan pelan holistik dalam aspek penjagaan dan kebajikan warga emas sebagai persediaan ke arah negara menua menjelang 2030 selain usaha mengurangkan jurang pendapatan melalui program pemberdayaan rakyat di negeri itu.

BACA LAGI: Selangor optimis capai sasaran pelaburan RM50 bilion menjelang akhir tahun ini

Sementara itu kedudukan ekonomi yang kini rancak diyakini menjadi daya bantu kepada kerajaan negeri untuk menghadapi tahun 2025.

Amirudin berkata, setakat Oktober 2024, kerajaan negeri Selangor telah berjaya mengumpulkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion melebihi sasaran awal ditetapkan iaitu pada RM2.2 bilion.

Related Articles

Back to top button