Semasa

Fahmi cabar Muhyiddin dedah lokasi menantunya untuk bantu SPRM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memberi penjelasan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian yang didakwa melibatkan menantunya.

Gesaan itu disuarakan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil susulan laporan SPRM sedang mengesan dua individu iaitu menantu kepada Muhyiddin Muhammad Adlan Berhan, 48, dan seorang lagi individu Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan tersebut.

“Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu iniā€¦beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan,” katanya ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat sini malam ini.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas,

Setakat ini menurut agensi itu iada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.

Related Articles

Back to top button