Semasa

Rasionalisasi diesel: K’jaan akan pastikan jaminan makanan dalam keadaan stabil

Kerajaan Perpaduan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat brada dalam keadaan stabil seiring pelaksanaan rasionalisasi diesel.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah penyelasaran semula subsidi yang bakal dilaksana pada tahun hadapan penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain mengukuhkan kedudukan fiskal.

Perkara itu dijelaskan ketika menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai kenaikan harga barang akibat rasionalisasi harga diesel pada tahun hadapan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang jawapannya dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak inflasi, dengan jangkaan inflasi bagi 2024 adalah sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus.

Menurutnya, kumpulan wajaran yang menyumbang kepada kadar inflasi adalah barang makanan.

“Sebagai contoh, kita juga lihat usaha kerajaan dalam melaksanakan inisiatif usahawan tani di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang bertindak sebagai serampang dua mata bagi memastikan kumpulan sasaran mempunyai pendapatan yang mencukupi.

“Tetapi pada masa sama, kita kena pastikan bekalan untuk tahun hadapan adalah lebih terjamin,” katanya Ahli Parlimen Pandan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi yang sebelum ini dilapor menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) kini dilapor sedang berehat dan berada dalam keadaan baik selepas selamat menjalani pemasangan stent jantung minggu lalu.

Related Articles

Back to top button