Semasa

Kemasukan dalam bidang TVET capai tahap tertinggi – KPT

Kemasukan pelajar bagi mengikuti program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institusi seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal memaklumkan jumlah kemasukan pelajar bagi mengikuti program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini.

Bercakap di Dewan Rakyat pada sesi soal jawab pada Selasa, beliau berkata bilangan kemasukan pelajar diploma bagi program TVET di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Jumlah itu jelasnya menunjukkan peningkatan berbanding kementerian serta agensi lain iaitu 52.7 peratus atau 85,535 penuntut pada 2022 berbanding 45.3 peratus atau 58,424 pelajar pada 2021.

“Berkenaan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), ketika ini KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan menyediakan memorandum jemaah menteri berkaitan hala tuju STEM bagi meningkatkan minat murid dalam bidang itu,” katanya.

Beliau sebelumnya menjawab soalan tambahan Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) berhubung usaha kerajaan menarik minat anak muda sekarang iaitu generasi Z yang lahir antara 1997 hingga 2012 dalam bidang TVET dan STEM.

Kerajaan Perpaduan merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat GLC dan swasta.

Setakat 5 Oktober lalu, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan RM6.8 bilion bagi memajukan pendidikan TVET di Malaysia sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong pembangunan bakat tempatan.

Related Articles

Back to top button